Inspirasi Ramadhan 2015 adalah projek komuniti #RJSN (Rakan Jutawan Saiful Nizam) yang mengumpul lebih 20 orang usahawanita pelbagai latarbelakang untuk sama-sama menyumbang bakti dalam usaha berkongsi rasa gembira sempena Ramadhan yang tiba dengan tema ‘Memberi & Menghargai”.

Hamper pelbagai saiz disediakan menggunakan produk-produk keluaran para usahawan dan diserahkan sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang berjasa.

Program ini telah mendapat liputan dari pihak RTM dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak yang menyokong usaha ini. Walaupun berdepan dengan bermacam ujian dalam melaksanakan projek ini ianya tetap menghasilkan keputusan yang memuaskan.

Usaha komuniti secara berkumpulan ini akan dilaksanakan lagi di masa hadapan demi kebaikan secara menyeluruh kepada para usahawan dan masyarakat.