Ada kisah yang mahu saya kongsikan..

Pengalaman tahun 2013 yang cukup hebat kerana bergandingan dengan dua lagi sifu iaitu Aizzuan Ali (Pengarah Pemasaran Richworks International) dan Raja Safuan (Sifu IM). Kehadiran peserta dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang perniagaan.

Asalnya program ini adalah idea spontan dari Dr. Azizan Osman berikutan kes kesuntukan masa untuk slot saya semasa di Seminar Intensif Jutawan Industri 2013 di PWTC. Jadinya perancangan asal terpaksa diubah last minute dan saya hanya berkesempatan berada di atas pentas sekitar 5 minit sahaja bersama Dr. Azizan Osman.

Oleh itu satu seminar khusus berkaitan media sosial diadakan di Hotel Vivatel.

Mata tak boleh lelap pada malam sebelum program. Ada gementar juga tapi berbekalkan pengalaman dan dilatih oleh Dr. Azizan Osman semasa Train The Trainer 2012 di Gambang telah memberikan saya keyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.