Saya mendapat panggilan telefon dari seorang usahawanita yang pernah mendapatkan khidmat saya untuk membina laman web dan sistem e-commerce. Beliau memaklumkan bahawa saya dijemput oleh pihak TM untuk berbincang mengenai satu program keusahawanan khusus untuk wanita yang akan dibiayai sepenuhnya oleh mereka.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami bersetuju untuk mengadakan sesi trial di Kemaman.

Saya perlu menyediakan modul khas untuk para peserta yang pastinya perlu diberikan bimbingan dari asas hingga kepada proses menjual secara online, skill jual beli dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.