Senjata utama dalam mengusahakan bisnes di Facebook ialah POSTING! Sebab tu kena update setiap hari dan isikannya dengan maklumat yang memberikan manfaat kepada pembaca.

Saya tahu ramai yang rasa susah sangat nak buat posting sebab tak pandai mengayat macam saya 🙂 Apakah anda mahu terus buntu dengan alasan tersebut? Atau mahu terus menguncup macam pohon semalu yang sebenarnya entah apa yang dimalukan.

Mahu saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan? Teruskan membaca ya.

1) Gunakan ejaan penuh! Jangan malas. Adakah anda mahu berikan impressi yang anda sebenarnya adalah seorang yang pemalas kepada bakal pelanggan? MENGEJA PUN MALAS! Aduhai.

2) Sewaktu menaip, anda bayangkan bahawa anda sedang bercakap dan bercerita. Gunakan intonasi dan gaya pengucapan sebegitu kerana ianya buatkan pembaca lebih selesa. Terasa ORIGINAL! Bukan hanya terasa macam baca BUKU TEKS!

3) Anda fokuskan bercerita manfaat yang bakal pembaca perolehi. Sentuh ELEMEN EMOSI dalam posting tersebut. Kata orang hebat, belai emosi bakal pelanggan!

4) Latih dan latih. Jangan asyik bagi alasan tak pandai.

5) Anda boleh gabungan bahasa Inggeris juga. Tak perlu nak skema sangat. Bukannya nak masuk peperiksaan PT3 😛 tapi kalau anda jaga page BRAND tertentu yang corporate tu berbeza ya.

6) Setiap perenggan jangan terlalu panjang. Buat perenggan yang berbeza antara 3 ke 5 baris ayat. Ini bukannya keretapi ekspress senandung malam.

Hah! Banyak dah tu. Rajin ke baca? Dah baca lepas tu buat apa? Tercongok gak lagi. BUATTTT POSTINGGG! Ini bukan marah ya, NASIHATTTTT!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.