Saya kerap ditanyakan soalan-soalan dari para usahawan, terutamanya yang masih baru dan ingin meneroka potensi pemasaran internet dan media sosial yang boleh memberikan impak positif kepada perniagaan mereka. Saya himpunkan 6 soalan di sini untuk rujukan dan kemudahan anda.

1) Adakah perlu mempunyai akaun media sosial untuk perniagaan saya?

Ini adalah soalan yang paling kerap ditanyakan pada saya. Kebanyakan syarikat dan perniagaan fikir mereka tidak benar-benar memerlukan platform media sosial memandangkan selama ini mereka tidak ada menggunakannya dan perniagaan berkembang dengan baik.

Namun bila ditanyakan semula,
Adakah anda risau jika anda terlepas peluang untuk mendapatkan pelanggan yang baru? Yang mungkin sangat berkualiti?

Tidakkah anda terfikir,
Pelbagai jenama hebat produk antarabangsa pun sudah menggunakan media sosial dan mendapat manfaat darinya. Maka anda masih mahu bertangguh lagi?

Dengan menggunakan media sosial, ianya membuka ruang untuk anda lebih berinteraksi dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan anda. Ianya membantu menunjukkan kepada umum bahawa syarikat anda bersedia mendengar dan memberikan maklumbalas pantas kepada pelanggan atau bakal pelanggan.

Ini membuatkan pelanggan dan bakal pelanggan rasa lebih berkeyakinan untuk terus berurusan dengan syarikat anda.

2) Mana lebih baik? Facebook atau Instagram?

Saya tanyakan kembali, ‘Pakai t-shirt atau pakai baju kemeja lebih baik?’. Pastinya kita akan menjawab, ‘Tengok keadaan dan kesesuaian.’ Begitulah juga dengan persoalan diatas.

Ianya bergantung kepada objektif, tujuan, sasaran pelanggan dan lain-lain. Kedua-dua platform media sosial mempunyai kelebihan tersendiri. Anda perlu memahami objektif dan tujuan pemasaran, barulah anda pilih platform yang bersesuaian. Namun nasihat saya, gunakan kedua-duanya. Mulakan dengan Facebook!

3) Adakah Google Adwords lebih baik dari Facebook Ads?

Kedua-dua kaedah pengiklanan ini mempunyai reputasi yang hebat dan telah membantu ribuan syarikat mendapat hasil yang lumayan. Yang membezakannya ialah Google Ads cenderung menggunakan kaedah ‘Keyword’ manakala Facebook Ads tertakluk kepada elemen ‘Interest’.

Berbalik kepada soalan no 2, anda kenal pasti mengikut keadaan dan kesesuaian anda sendiri.

4) Berapa kos pemasaran di media sosial?

Jika saya katakan PERCUMA! maka sebenarnya tidak. Walaupun memang boleh digunakan tanpa berbayar tetapi anda tetap perlu melaburkan kos dari segi masa, tenaga dan lain-lain.

Cuma apa yang ingin saya tegaskan ialah ianya sangat menjimatkan berbanding saluran pemasaran konvensional yang lainnya. Kos pengiklanan adalah tertakluk kepada kapasiti syarikat anda sendiri. Iklan di Facebook boleh dilakukan serendah RM4 sehari untuk capaian kepada sekitar 200 ~ 500 orang bakal pelanggan.

5) Boleh senaraikan media sosial yang penting untuk saya wujudkan akaun?

Mulakan dengan page Facebook, Instagram dan Blogspot. Wujudkan juga akaun di Google+ dan Youtube. Laburkan sedikit modal untuk membeli domain syarikat dan wujudkan email menggunakan domain tersebut. Jangan lagi guna syarikatsaya@gmail.com yang kurang berprestij!

Seragamkan semua nama-nama akaun tersebut supaya memudahkan pencarian dari bakal pelanggan nanti.

6) Bila waktu paling baik untuk bermula?

SEKARANG!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai sebarang program keusahawanan yang saya anjurkan sama ada secara online coaching, intensive coaching dan personal coaching. Anda juga boleh dapatkan panduan secara video, ebook dan bercetak sebagai rujukan.

Sekiranya anda memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat, boleh terus hubungi saya dengan mudah melalui whatsap di talian 011-2-800-2424 atau boleh email ke info@saifulnizam.biz

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
Salam kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.